MTNP

PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2019/2022



PANDUAN KEPADA PEMOHON :

(A) SISTEM PENGAJIAN ,
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 Semester). Kursus elektif yang ditawarkan di Maahad Tahfiz Negeri Pahang adalah :
a) Kursus Elektif Qiraat
b) Kursus Elektif Syariah

(B) SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN :
( berdasarkan kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Darul Quran, JAKIM):
i) Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin
ii) Lulus SPM dengan syarat minimum Gred C dalam matapelajaran berikut :
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Arab
c) Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiyyah / Tasawwur Islam.
d) LULUS Bahasa Inggeris
e) LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab / Tajwid)
f) LULUS Temuduga
g) Mempunyai tahap kesihatan yang baik

(C) SYARAT KELAYAKAN BIASISWA YAYASAN PAHANG
Anak Negeri Pahang seperti takrifan berikut : Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang.

(D) TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 7 hari selepas keputusan SPM 2018 diumumkan

(E) SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :
a) 2 keping Salinan Keputusan SPM
b) 2 keping Salinan Kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/penjaga.
c) 2 keping Salinan sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa / penjaga.
d) 2 keping Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan ibu dan bapa/penjaga.
e) 1 keping Gambar berukuran passport.
f) 1 keping Salinan Sijil-sijil yang berkaitan

NOTA: Muat turun BORANG PERMOHONAN dari laman Web MTNP : www.tahfizpahang.edu.my


Borang permohonan ini beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang sebelum atau dalam tempoh 7 hari selepas keputusan SPM 2018 diumumkan ke alamat :-
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang,
Jalan Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
(u.p : Unit pengambilan Pelajar Baharu Diploma)
Maklumat Lanjut hubungi : Tel : 09 - 534 3333 Fax : 09 - 534 3000 ATAU layari laman WEB MTNP : www.tahfizpahang.edu.my

 



MUAT TURUN PANDUAN DAN ARAHAN PEMOHON PERMOHONAN ONLINE