4 Februari 2015, Rabu, Telah berlangsung Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Saringan Negeri Pahang bagi tahun 2015 bertempat di Dewan Perdana, Hotel MS Garden Kuantan

bermula 4 februari sehingga 6 februari 2015. Seramai 71 peserta telah bertanding untuk menempatkan diri dalam barisan 18 peserta ke peringkat seterusnya,

dengan itu, MTNP telah menghantar 23 peserta dan Alhamdulillah daripada 18 peserta tersebut, 14 adalah peserta dari MTNP.

Peringkat seterusnya akan berlangsung di Kuala Lipis dimana peserta yang berjaya akan mewakili Negeri Pahang ke peringkat kebangsaan.

 

hafaz-3

30 Januari 2015, Jumaat, Telah berlangsung Majlis Pelancaran Pelan Halatuju Yayasan Pahang dan Anak Syarikat bertempat di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bacaan doa.

 

halatuju-2

12 Januari 2015 Isnin, Perhimpunan sulung bagi tahun ini diserikan dengan Majlis Perlantikan Majlis Perwakilan (MPP) bagi sesi 2015. Seramai hampir 50 orang telah terpilih untuk menganggotai majlis ini yang berfungsi menjadi suara kepada para pelajar dalam mengutarakan dan mengemukakan sebarang cadangan dan komen kepada pengurusan.

 

Tahniah kepada yang terpilih dan semoga anda semua menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dalam memertabatkan al-Quran dan mencapai kecemerlangan dalam akademik dan al-Quran.

 

Perhimpunan pagi ini juga turut diceriakan dengan kehadiran Alumni MTNP, Muhammad Hijaz Mohd Ramli yang bertugas sebagai 'Education Attache' di Kedutaan Malaysia bertempat di Washington, D.C. Beliau telah berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan beliau dari seorang huffaz sehinggalah ke peringkat di mana beliau berada sekarang. Beliau turut menyumbangkan tenaga dengan menawarkan diri menjadi guru tasmi' selama 3 minggu di samping memperbaiki dan melancarkan hafazan beliau.

 

isnin19jan-1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

11 Januari 2015 Ahad, MTNP telah melancarkan misi bantuan banjir ke bandar Temerloh. Ianya adalah salah satu program kemasyarakatan dan kali ini program ini akan menjalankan pembersihan kawasan Madrasah Addiniah Al-Ismailiah, Pondok Jaya Jauh, Temerloh. Pondok ini antara yang mengalami kerosakan yang teruk akibat bencana besar banjir yang lalu di mana turut ditenggelami air hamir keseluruhan kawasan persekitarannya.

 

Program ini melibatkan seluruh warga kakitangan MTNP termasuk guru-guru,pensyarah dan kakitangan sokongan. Siri 1 & 2 terdahulu melibatkan para pelajar khususnya dari program diploma tahfiz. Sumbangan pihak pengurusan terlebih dahulu telah menjalankan program bantuan dua minggu sebelum ini.

 

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu mangsa banjir dan meringankan bebanan mereka.

 

banjir-1