7 Disember 2014 Ahad, Temuduga pengambilan pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2015 telah diadakan dengan jayanya. Permohonan yang diterima pada tahun meningkat dari tahun sebelumnya dengan penerimaan permohonan hampir 900 permohonan. Memandangkan permohonan yang begitu meningkat kumpulan temuduga dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 pada 4 Disember 2014 yang lalu.

 

Proses untuk temuduga dibahagikan kepada dua iaitu ujian hafazan dan ujian IQ. Untuk ujian ini setiap pemohon akan ditempatkan di bilik ujian untuk diuji dan seterusnya markah tertinggi dengan kedudukan 100 teratas akan dipilih untuk mengikuti program simulasi yang akan datang.

 

 duga-1

6 Disember 2014 Sabtu, Julung kalinya MTNP telah menerima kehadiran Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor (DSM), angkasawan pertama negara dalam program 'Reaching For The Star' yang telah anjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar MTNP bersama DSM Fan Club.

 

Program ini bertujuan menyahut seruan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, YH Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz untuk merelisasikan matlamat MTNP sebagai institusi yang berprestasi tinggi dalam melahirkan generasi ulul-albab. Pelajar-pelajar yang berjiwa besar, berpandangan jauh, profesional dan luar biasa. Justeru itu, Dato' DSM dilihat sesuai untuk program ini kerana prinsip beliau iaitu 'tiada apa yang mustahil' dapat menjadi satu inspirasi yang berkesan kepada para pelajar MTNP untuk lebih berteknologi dan minat kepada sains.

 

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan doa serta diikuti dengan ucapan YH Dato' CEO beserta tanyangan montaj MTNP. Sesi bersama DSM interaksi antara para pelajar dan pengalaman DSM bermula dari latihan sehingga pengalaman diangkasa termasuk cara-cara bersolat. Sesi soal jawab antara pelajar mendapat perhatian DSM dengan pelbagai soalan sehingga ruangan sesi dipanjangkan.

 

angkasa-1

TOP