Diploma Tahfiz Al-Quran

  diploma3 diploma3   diploma1  
           
 

Program Diploma Tahfiz al-Quran merupakan peluan pengajian bagi pelajar-pelajar lepasan SPM. Ianya merupakan program tradisi MTNP yang telah  dijalankan sejak penubuhannya iaitu pada tahun 1996. Program ini dijalankan secara usaha sama dengan pihak Darul Quran, JAKIM dan para pelajar mengikuti pengajian di MTNP selama enam semester (3 tahun).

 

Diploma dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pelajar lepasan Diploma boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di UM, UIAM, UPSI, UKM, USIM dan Universiti al-Azhar, Mesir.

 

  • Anak Jati Pahang / pemastautin negeri PahangBerumur di antara 17 hingga 21 tahun
  • Belum berkahwin dan bersedia untuk tidak berkahwin sepanjang tempoh pengajian.
  • Lulus peperiksaan SPM dengan :
    a) kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi.
    b) Kepujian dalam mata pelajaran pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah ATAU mata pelajaran Syariah Islamiah ATAU mata pelajaran Pendidikan Islam.
    c) Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya lulus
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Lulus dalam temuduga dan seminar pemilihan yang dijalankan
 
 

 

 

TOP