Tahfiz Professional

tahfiz2015   hafaz 2    sijilc

 

 

Tahfiz Profesional ialah program yang dianjurkan oleh MTNP bermula pada tahun 2007 dengan pengambilan pelajar dari serata negeri Pahang dengan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar-pelajar ini mendapat pembiayaan penuh biasiswa Yayasan Pahang bagi meneruskan peluang pendidikan peringkat menengah di sini.

 

Pelajar-pelajar ini mengikuti kurikulum hafazan al-Quran 30 juzuk selain didedahkan dengan pengajian akademik Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana sekolah harian biasa. Para pelajar juga turut didedahkan dengan kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris di samping ilmu asas yang lain. Pengajian selama lima tahun ini akan melibatkan mereka dengan peperiksaan awam Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu PT 3 dan SPM.

 

 

 

Syarat-syarat umum kelayakan adalah :-

 

  • Anak Jati Pahang
  • Berumur tidak melebihi 13 tahun
  • Memperolehi 5A atau sekurang-kurangnya 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Lulus dalam temuduga dan ujian simulasi yang dijalankan.
TOP