Dari Meja Ketua Pegawai Eksekutif

kpeAssalamualaikum dan “Selamat Datang” ke laman web rasmi Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaaNya pihak MTNP berjaya menghasilkan laman webnya yang sendiri.

 

Saya berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman web kami. Laman web ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi kecemerlangan dan perlaksanaan pembangunan modal insan di MTNP ini.

 

Dalam usaha menjadikan MTNP sebagai institusi pendidikan tahfiz terkemuka di Malaysia, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu pengurusan dari semasa ke semasa.

 

Maka, selaras dengan perkembangan Teknologi dan ICT, kewujudan laman web rasmi ini dirasakan tepat pada masanya. Dengan terbinanya laman web ini, di harapkan dapat memberi pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang teknologi maklumat dan ICT dalam Era Globalisasi kepada semua warga MTNP.

 

Kita disini bukan sahaja mahu melahirkan golongan hafiz yang hanya menguasai Hablu Minallah dan Hablu Minannas, bahkan mahir dalam pelbagai bidang professional termasuklah ICT.

 

Selain pendedahan tersebut, diharap laman web rasmi ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya ibu bapa pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara dalam talian.

 

Sebelum mengakhiri kata-kata ini, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman web rasmi MTNP.

 

DATO' HAJI ZULKIFLE BIN HAJI ALI AL-HAFIZ

“Memartabatkan Al-Quran”

 

TOP