Sejarah Penubuhan

 Sejarah

Sabda Rasulullah SAW "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya".

 

Detik bersejaraah penubuhan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah bermula dengan titah diRaja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang supaya diwujudkan sebuah institusi seperti Akademi al-Quran bertujuan melahirkan para hafiz dan juga qari/qariah yang berwibawa memandangkan Pahang tidak mendapat tempat yang baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa dalam Majlis Tilawah al-Quran. Seterusnya suatu bentuk kerjasama dengan pihak Darul Quran JAKIM telah dibentuk pada tahun 1996 untuk melaksanakan program Diploma Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat (MTQP) di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan. Pelajar-pelajar ini telah mendapat tajaan biasiswa Yayasan Pahang.Keperihatinan Kebaah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan al-Quran di negeri Pahang menjadi pemangkin ke arah penubuhan institusi ini. YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang telah bersetuju agar Yayasan Pahang membina dan menubuhkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kampus yang lengkap.

 

Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Pahang yang bersidang pada 9 April 2002 telah meminta Yayasan Pahang mengkaji kemungkinan untuk memperluaskan program tahfiz yang pada awalnya dianjurkan di Masjid Negeri oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).Seterusnya, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang pada 17 September 2002 telah bersetuju untuk memperluaskan lagi program tersebut dengan pembinaan kampus tetap di atas tanah Yayasan Pahang seluas 8.7 ekar di Tanjung Lumpur, Kuantan dengan peruntukan sebanyak RM 10.73 juta. Kerja-kerja pembinaan kampus telah bermula pada 6 September 2004 dan telah siap pembinaannya pada 13 November 2005.

 

Setelah pembinaan kampus selesai, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang bersidang pada 5 April 2006 telah meluluskan perpindahan MTNP dari empat buah rumah teres yang disewa di Jalan Bukit Ubi, Kuantan ke kampus tetap di Tanjung Lumpur bermula pada 1 Julai 2006.

 

MTNP seterusnya telah diuruskan sebagai sebuah institusi swasta milik penuh Yayasan Pahang.

 

 Rasional Penubuhan
Kekurangan kemudahan infrastruktur menyebabkan peluasan program tidak dapat dilaksanakan secara maksimum. Kemudahan sedia ada hanya boleh menampung 45 pelajar meliputi 15 pelajar baru dalam satu masa.
   
Penubuhan institusi ini dapat melahirkan lebih ramai lagi graduan anak pahang yang seimbang dari segi akademik dan pengetahuan agama untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembangunan negeri Pahang.
   
Memantau perkembangan institusi ini daripada organisasi swasta yang diragukan ideologinya tanpa input kerajaan.
   

Penubuhan Kampus Maahad Tahfiz Negeri yang bersepadu dan lengkap akan meningkatkan lagi imej kerajaan negeri sebagai kerajaan yang prihatin terhadap pembangunan agama islam di negara ini.

   

Memberi peluang kepada masyarakat yang berminat mahupun organisasi lain menaja lebih ramai pelajar dalam bidang ini.

   
Maahad Tahfiz ini telah melahirkan graduan yang mendapat kelulusan yang baik dan cemerlang tetapi terdapat kekangan untuk meningkatkan bilangan pengambilan pelajar.
TOP