Alhamdulillah, pagi ini MTNP telah menerima kunjungan oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
dalam Majlis Ramah Mesra YB Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Bersama Pelajar & Kakitangan MTNP, turut serta bersama 
YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang dan Pengurus-pengurus Kanan Yayasan Pahang.

 


#pahang #yayasanpahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

 

kunjunganDatoSSpahang 19

 

Alhamdulillah, selesai Solat Jumaat buat pertama kalinya diadakan di Masjid MTNP setelah mendapat kelulusan untuk mendirikan

solat jumaat daripada MUIP.

Solat Jumaat kali ini di Imamkan oleh Ust mohd Shaheed Sabri, Khatib bertugas :Ust Mohd Saleh Ramli, Qari jemputan :Ust Ahmad

Fikri Abdul Karim dan bilal bertugas :Muhd Amiruddin Che Nordin.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

MGT 3167

 

Tahniah dan syabas kepada pelajar2 spm 2018 atas keputusan yg membanggakan.

Pencapaian SPM 2018 Maahad Tahfiz Negeri Pahang meningkat berbanding tahun lepas dari segi GPS dan peratus straight A.

GPS MTNP 1.89 MANAKALA PERATUS STRAIGHT A SEBANYAK 13.7%

 

Senarai Pelajar Straight A's
1) Nazira bt Zailan
2) Nur Mujeera Chaudhry bt. Shahid Haq
3) Nur Aishah bt Kahairi
4) Nur Fadhilah bt Mohd. Nooriza
5) Nur Izzah Ulya bt. Mohd. Zawavi
6) Siti Nabilah Huda bt Mohd Nor
7) Nurul Sa'eidah bt Mat Said

 

#spm2018 #kuantan #pahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4865

Alhamdulillah, telah berlangsung Kunjung Hormat Sheikh Muhammad Ba Hamyish, Pengarah Kuliah Islamiah Kolej Wasatiah Hadramaut, Yaman bertempat

di Bilik Mesyuarat MTNP.

#yaman
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 3122

 

Telah berlangsung lawatan Benchmarking SMA Al-Ihsan ke MTNP bertempat di bilik mesyuarat MTNP. Antara objektifnya ialah mengetahui
perjalanan kelas hafazan dan akademik MTNP serta melawat ke kelas hafazan dan Akademik semasa sesi pembelajaran.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

MGT 4608

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Taklimat Pendaftaran Pelajar Tahfiz Profesional Tingkatan Satu 2019 MTNP bertempat di Dewan Auditorium MTNP.

 

Majlis dimulai dengan ucapan oleh En. Airul Amri Bin Amran, Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang dan diikuti ucapan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP,

YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz.

 

Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan naskah Al-Quran kepada pelajar baru dan sesi taklimat.

Khamis, 28 Februari 2019. Telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan peringkat Zon Jaguh
Daerah Kuantan Tahun 2019M/1440H. Pada kali ini MTNP telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan MTQ ini. Pertandingan ini
telah disertai oleh 10 buah sekolah didalam Zon Jaguh Daerah Kuantan yang telah mempertandingkan
3 kategori iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Syarahan Agama.

 

Keputusan pertandingan mengikut sekolah.
 

Tilawah Al-Quran, Kategori Lelaki :
1. MTNP
2. SMK SG. SOI
3. SMJK Tanah Puteh

 

Tilawah Al-Quran, Kategori Perempuan :
1. MTNP
2. SMART
3. SMK SG. SOI

 

Hafazan Al-Quran, Kategori lelaki :
1. MTNP
2. SMK SG. SOI
3. SMK Cenderawasih

 

Hafazan Al-Quran, Kategori Perempuan:
1. MTNP
2. SMJK Tanah Puteh
3. SMK Air Putih

 

Syarahan Agama, Kategori lelaki :
1. MTNP
2. SMART
3. SMK ST. Thomas

 

Syarahan Agama, Kategori Perempuan:
1. MGS
2. MTNP
3. SABS

 

#mtq #zonjaguh #mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
MGT 4462

Alhamdulillah, telah berlangsung Postmortem Peperiksaan Suku Tahun 2018 Tingkatan 5 MTNP bertempat di Dewan Auditorium MTNP yang dihadiri oleh pihak Pengurusan, guru-guru dan ibu bapa pelajar tingkatan 5 MTNP. Program bermula dengan slot ceramah motivasi oleh Tuan Haji Mohamed Anuar bin Haji Yusof, diikuti dengan pembentangan keputusan peperiksaan oleh Tuan Haji Mohd Saleh bin Ramli, Penolong Pengurus Tahfiz Profesional dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pelajar terpilih. Program diakhiri dengan sesi pelaporan besama guru dan ibu bapa di Perpustakaan MTNP.

#spm2018 #mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 8229

 

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Badan Kepimpinan Pelajar MTNP 2019. Majlis telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Ishak Bin Othman, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNP wakil kepada Pengarah JPNP, Dr. Hj. Tajuddin Bin Mohd Yunus
yang telah berlangsung di Dewan Auditorium MTNP.
***kemaskini

 

MGT 4232

Alhamdulillah, telah berlangsung "On-Boarding Session" Bersama LeapEd (Learning Enriched) Services Sdn. Bhd. berkaitan Program Sekolah Amanah bersama tenaga pengajar MTNP bertempat di bilik mesyuarat MTNP.

 

LeapEd merupakan sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan yang diberi mandat untuk mentransformasikan pendidikan di sekolah-sekolah secara meluas melalui program Sekolah Amanah Yayasan Amir sebagai pereka dan pelaksana program transformasi sekolah awam di bawah kerangka Sekolah Amanah Kementerian Pendidikan Malaysia. LeapEd bertanggungjawab mereka-bentuk program latihan dalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap sekolah. Aplikasi tentang pembelajaran baharu dan refleksi terhadap impak menjadi elemen penting dalam program Leap Ed, dan menghasilkan penerapan perubahan dalam amalan serta perubahan sikap para peserta dalam program ini.

 

Semoga kehadiran mereka dapat memberi impak luar biasa kepada pelajar-pelajar tahfiz MTNP dan juga organisasi.

#leapEd #yayasanpahang#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 8153

 

MTNP telah menerima tetamu seramai 12 0rang termasuk guru dan pelajar. Rombongan ini antara tujuannya adalah berkongsi maklumat dan merapatkan silaturrahim dalam memperkasakan kurikulum tahfiz di samping memastikan al-Quran sentiasa mantap di kalangan para pelajar.

Sesi berlangsung hampir 1 jam 30 minit ini melibatkan pihak pengurusan dan penekanan kepada unit tahfiz diploma. Perkongsian pintar dan teknik yang dapat membantu kedua-dua institusi seiring dalam melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang al-Quran dan akademik.

 lawaddin

Alhamdulillah.

Bersyukur kehadirat ilahi serta dengan keberkatan Al-Quran, MTNP berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai sekolah terbaik negeri Pahang 5 tahun berturut-turut dengan GPS 1.99 dan 100% calon layak mendapat sijil.

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat MTNP, telah berlangsung Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus, turut hadir sama ialah Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato Hj Mahmud Nawawi.

 

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.99 sekali gus menjadi institusi terbaik di negeri Pahang 5 tahun berturut turut.

 

Di hujung majlis Dr. Tajuddin Mohd. Yunus menyampaikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Maahad Tahfiz Negeri Pahang kepada Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Datuk Dr. Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz.

Seterusnya, bertempat di Auditorium MTNP, berlangsung Anugerah Kecemerlangan SPM 2017 Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang disempurnakan oleh Encik Airul Amri Amran, Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang, turut hadir ialah barisan pengurusan dan pentadbiran MTNP serta ibu bapa pelajar SPM 2017.

Doakan semoga anak2 tahfiz ini terus cemerlang di menara gading dan menjadi insan hebat demi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi Allah.

#spm2017
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 7457

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahfiz Diploma Sesi 2018 Maahad Tahfiz Negeri Pahang bertempat

di Grand Darul Makmur, Kuantan Pahang yang telah disempurnakan oleh YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle B. Hj. Ali Al-Hafez, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.

#tahfizdiploma
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 3493

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Ilmu bersama Habib Muhammad Bin Saleh Al Attas Huraidhah Hadhramaut bertempat di Auditorium MTNP, turut hadir bersama YDP MPIBG, YH Dato' Syed Borhanuddin.

Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie dari Hadramout yang sering kali mengunjungi Malaysia di dalam usaha dakwahnya. Di antara guru-guru beliau ialah yang tidak asing lagi Habib Umar bin Mohd bin Salim Bin Hafidz, mudir pusat pengajian Dar Al-Mustofa, Tareem, Hadramout Yaman, Habib Muhammad bin Abdullah AlHaddar dan Habib Ali bin Muhammad Al-Attas (mufti Huraidah, Hadramout Yaman).

Sebagai seorang mudir Rubath Al Fath, di Huraidhah, Hadhramaut, Yaman, beliau mempunyai lebih daripada 50 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai negara termasuk Indonesia dan Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.

Info : Awalan nama Habib (Bahasa Arab: حَبيبْ‎; orang yang dikasihi) di kalangan orang Arab-Indonesia dan juga Malaysia digunakan sebagai panggilan/gelaran khusus terhadap keturunan Nabi Muhammad S.A.W melalui Fatimah az-Zahra dan Ali bin Abi Thalib.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 6843

 

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato Sri Sallehuddin Ishak telah mengadakan kunjungan mengejut ke Golf Range MTNP pada petang td.

 

Dalam kunjungan mengejut tersebut, YB Dato Sri telah melakukan beberapa pukulan sambil menguji kualiti golf range MTNP.

 

Turut serta adalah YH Dato Dr Zulkifle bin Hj Ali alhafiz CEO MTNP, barisan pengurusan, pelajar (ahli kelab golf MTNP) dan juga jurulatih.

 

#golf #drivingrange #mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 3372

 

TOP