MTNP Mengekalkan Kecemerlangan Terbaik SPM Di Pahang

3 Mac 2015, Selasa. Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran dimaklumkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) terus mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM dengan pencapaian sekolah terbaik di Pahang dua tahun berturut-turut.

      Seramai 5 orang calon atau 16% telah berjaya mendapat A dalam semua matapelajaran berbanding 9% pada tahun sebelumnya. Dan 4 orang daripada mereka mendapat 12A.

      Dari segi gred purata sekolah (GPS) pula, MTNP telah memperolehi GPS 1.46 menjadikannya sekali lagi berada di kedudukan pertama berbanding sekolah-sekolah di negeri Pahang. Berada dikedudukan kedua adalah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Bentong dengan GPS 1.76, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) dengan 2.31 dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh dengan GPS 2.33.

    Pencapaian ini sekaligus telah meletakkan MTNP di kedudukan 10 sekolah terbaik di peringkat kebangsaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.  Selain kecemerlangan dalam akademik, kesemua pelajar ini turut telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.

 

spm2014-1