Program Penghantaran Imam Terawikh ke Australia & USA

Program penghantaran imam terawih di bulan ramadhan ke Australia dan USA merupakan program kerjasama Education Australia dan

Education Washington DC USA dengan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

 

Penghantaran pelajar-pelajar ini merupakan pengisian kepada Pelan Strategik Halatuju Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2014 hingga 2020

dalam salah satu teras strategiknya iaitu VISIBILITY dengan tujuan untuk memperkenalkan maahad ini ke seluruh pelusuk tanah air dan

peringkat global.

 

Selain dari terjemahan pelan strategik maahad, program ini juga sebahagian CSR, COMUNITY SOSIAL RESPONSIBLE yang telah menjadi 

amalan maahad.

 

Ini merupakan tahun ke dua bagi penghantaran imam terawikh dan pihak MTNP juga mengharapkan agar lebih banyak palajar dihantar 

ke negara lain untuk menjadi imam terawikh seterusnya menyampaikan tazkirah dan membuat kelas-kelas Al-Quran kepada rakyat 

Malaysia di luar negara.

 

Program ini merupakan hasrat YAB Menteri Besar Pahang supaya pelajar-pelajar maahad ini bukan sahaja cemerlang akademik dan hafazannya malahan boleh ketengah dalam semua bidang, bukan sahaja boleh berbahasa ibunda tetapi mahir dalam bahasa kedua terutamanya bahasa inggeris dan arab, malahan pelajar maahad ini amat dititik beratkan mempunyai ciri-ciri dan bakat pemimpin kerana mereka adalah pemimpin masa depan.

 

Tekun.. pelajar-pelajar yang terpilih mendengar amanat Dato' CEO sebelum berangkat ke lapangan terbang.

DCD90-16

 

Sesi temuramah bersama wartawan

DCD90-13

 

DCD90-6  DCD90-14