Lawatan Kerja dari Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan

21 Ogos 2015, Jumaat. MTNP menerima kunjungan dari Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan. Para tetamu seramai 30 orang telah tiba pada jam 3.00 petang dan di sambut oleh warga MTNP. Seterusnya para tetamu telah dibawa melawat persekitaran dan kemudahan-kemudahan yang disediakan sebelum di bawa ke sesi taklimat di dewan auditorium.

 

Sesi taklimat bersama penolong pengurus akademik (Tahfiz Profesional), Ustaz Salleh Ramli menceritakan sejarah pembangunan dan seterusnya misi dan visi utama MTNP dalam memberikan pendidikan kepada para pelajar dalam mengimbangi akademik dan al-Quran. Turut sama hadir CEO, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz sempat memberi sepatah dua kata kepada para tetamu berkongsi tentang kemajuan dan penubuhan MTNP.

1

 

2

Para tetamu sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh Ustas Salleh Ramli

 

3

 

4

 

5

Ucapan oleh CEO MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz

 

6

Ucapan dari ketua rombongan

 

7

 

8

Penyampaian cenderahati antara kedua-dua institusi

 

all

TOP