Penaziran PdP Guru-Guru Tahfiz Profesional MTNP

Khamis, 19 November 2017. Kerjasama antara MTNP dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran dalam memantapkan lagi guru-guru di MTNP bagi mencapai kecemerlangan yang diharapakan. Sehubungan dengan itu, seramai 5 orang pegawai PPD Maran telah menjalankan penaziran terhadap guru-guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas. Ianya melibatkan keseluruhan guru yang mengajar subjek teras dan setiap guru ini dipantau dan dinilai cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Program ini berlangsung hampir separuh hari dengan setiap guru yang dinilai di beri teguran dan penambahbaikan dalam memberikan dan menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan lebih mantap selaras ke arah pembelajaran abad 21 (PA21). Program ini juga turut melibatkan pihak pengurusan yang sentiasa peka dalam pembangunan sumber manusia di dalam MTNP selaras ke arah kecemerlangan dan menjadi institusi yang terbaik di Malaysia.

 

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

DSC 6807

 

 

TOP