Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Baharu Tingkatan 1 2017

27 Februari 2017. Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Baharu Tingkatan 1 2017 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Auditorium MTNP.

Seramai 56 pelajar Tingkatan 1 2017 telah berjaya mengharungi pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Program Minggu Orientasi pelajar TIngkatan 1 2017 ini merupakan kali pertama julung kalinya diadakan yang mengambil masa selama 6 minggu bermula 17 Januari sehingga 27 Februari 2017.

Seramai 9 orang Fasilitator terpilih telah bersama-sama membantu dalam menjayakan program untuk mencapai objektif yang dirancang. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Airulamri bin Amran, Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang.

Antara objektif program adalah untuk membantu pelajar-pelajar ini menyesuaikan diri menjalani kehidupan sebagai pelajar Maahad dan membantu menyesuaikan diri dalam mengurus diri bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

DSC 8246