Program Penajaan @ Wakaf Kitab Al-Quran Qiraat Asyara

Pagi ini kami menerima kunjungan daripada En. Abd. Razak Bin Abd. Rashid selaku Pengurus Projek Wakaf Penerbitan Dar Hakamah bagi pihak Yayasan Muslimin, Batu Cave, Selangor bagi membuat penyerahan kitab Al-Quran Qiraat Asyara kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang untuk kegunaan pelajar-pelajar tahfiz.

Penyerahan sebanyak 100 naskah mushaf tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz dan wakil pelajar MTNP.

Semoga segala usaha murni ini kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT melimpahkan berkat dan rezekiNYA yang berpanjangan kepada kita semua, Insya Allah.

TOP