Seminar Teknik Hafaz Al-Quran Sebulan

Rabu, 15 Mei 2019 bersamaan 10 Ramadhan 1440H jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium MTNP telah
berlangsung Seminar Teknik Hafaz Al-Quran Sebulan bersama tetamu jemputan khas dari Indonesia iaitu
Ustaz Ma'mum Al-Qurthuby, Pengerusi Yayasan Karantina dan Ustaz Yadi Iryadi, Pengasas teknik Yadain.

 

Seminar yang dihadiri oleh pengetua dan guru-guru tahfiz sekitar Negeri Pahang bertujuan memperkenalkan
Yayasan Karantina dan teknik Yadain. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan
Pahang, YH Dato' Haji Mahmud bin Mohd Nawawi.

 

#hafaz #hufaz #alquran
#yayasanpahang #yayasankarantina
#pahang #malaysia #indonesia #serumpun
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

karantinamtnp2 1