Alhamdulillah, MTNP telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (MAIWP)

*kemaskini..

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 6797

 

Telah berlangsung lawatan berinfomasi daripada Bahagian Pengurusan IMTIAZ dan Sekolah Menengah IMTIAZ ke MTNP.

Lawatan yang disertai oleh 25 orang pegawai yang diketuai oleh Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Haji Hishamuddin Bin Hashim, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan IMTIAZ, Tuan Haji Mazlan Bin Che Wil, Pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan IMTIAZ, Pengetua-pengetua Bahagian, Barisan Penolong Kanan Ulul Albab Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu dan Penolong-penolong Kanan Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu.

Turut hadir bersama meraikan rombongan daripada IMTIAZ iaitu Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi

Semoga lawatan ini mengeratkan lagi hubungan antara Bahagian Pengurusan IMTIAZ dan MTNP.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
MGT 5000

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahfiz Diploma bertempat di Hotel Shahzan Inn Kuantan, Pahang.
Turut hadir menyerikan majlis iaitu pihak Pengurusan, Pensyarah-pensyarah diploma, Guru-guru, kakitangan dan semua pelajar diploma MTNP. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.
* kemaskini
#diplomatahfiz #mtnp#tahfizpahang #memartabatkanAlquran
 
MGT 6362

 
 

Alhamdulillah, bertempat didewan Auditorium MTNP, telah berlangsung sesi Power Talk: Perkongsian Perjalanan & Cabaran Hidup Seorang Usahawan yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Mohd. Farid bin Othman, CEO Aqrabin Sdn. Bhd. dan En. Altahir bin Dato Hj Abdul Rashid, CEO Total Kitchen Sdn Bhd.

*kemaskini..

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4698

 

Ahad, 14 Januari 2018. Telah berlangsung sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Tingkatan 1 Tahfiz Profesional sesi 2018. Majlis dimulai dengan taklimat daripada Encik Airulamri bin Amran, Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang, disusuli amanat YH Dato' Dr. Haji Zulkifle B. Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP seterusnya taklimat daripada Unit Hal Ehwal Pelajar MTNP dan diakhiri dengan Majlis Lafaz Akad Penyerahan pelajar daripada pihak ibubapa.

 

MGT 6218

 

Alhamdulillah.

Telah berlangsung program Forum Jejak Diploma yang diadakan pada 17 November 2017 (Jumaat) jam 3.00 hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Auditorium MTNP.

Ahli-ahli panel terdiri dari Alumni MTNP iaitu Bro Muhd Ashraf Misran, Pegawai Tadbir Urus BIMB Securities Sdn. Bhd. dan Sis Siti Hajar Bt. Wan Ibrahim, Felo Muda Dakwah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia dan Moderator oleh Mohd Aminur Rahman Bin Rashid, Pen. Pengurus Bahgian Operasi Yayasan Pahang. manakala bersiaran secara langsung bersama Bro Hijaz Bin Ramli, Pegawai Khas Yang Berhormat Timbalan Menteri,

Alhamdulillah, pada 5 Januari 2018, MTNP telah menerima kunjungan daripada Kolej Universiti Insaniah Kedah, rombongan diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Thoriq As-Sidiq bersama 78 pelajar dalam rangka lawatan muhibbah ke MTNP.

*kemaskini..

 

MGT 6043

 

"Menjaga Kesihatan Itu Ibadah"

Ceramah bertajuk Kesihatan Diri bertempat di Dewan Auditorium MTNP melibatkan semua pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 yang disampaikan oleh En. Zulkifly Mohd Shah daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

Ceramah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar untuk menjaga kesihatan berkaitan penyakit berjangkit serta mengupas isu berkaitan Penyakit Berjangkit yang biasa berlaku kepada sekolah-sekolah asrama penuh.

#badansihatotakcergas
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4559

 

Menjunjung Kasih Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang
selaku Penaung Diraja Tadika Tahfiz Negeri Pahang yang telah membuat lawatan tidak rasmi ke TTNP pada 21 Disember 2017 (Khamis) bersamaan 2 Rabiulakhir 1439H

Antara Keistimewaan Tadika Tahfiz Negeri Pahang :
- kurikulum tahfiz untuk usia 4,5 & 6 tahun
- medium pembelajaran dalam Bahasa Inggeris
- pembelajaran pintar menggunakan ict yang terkini
- kelas yang kondusif b
- bangunan & kelas dilengkapi cctv
- mempunyai pengawal keselamatan
- kemudahan sukan & riadah (gelanggang futsal, taman permainan dalam dan luar)
- guru2 berijazah yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

3 pakej yang disediakan :
*8.00 pagi - 12.30 tghr*
*8.00 pagi - 3.00 ptg*
*8.00 pagi - 5.30 ptg*

boleh hubungi : 
Pn. Ain (018-9097436)
pejabat : 09-4252049

visi :
*Memartabatkan Al-Quran*
*Melahirkan Huffaz Cilik*
*Tahu Dunia, Tahu Akhirat*

 

MGT 6014

 

Telah berlangsung program Ceramah Kesedaran Dadah bertempat di Auditorium MTNP. Penceramah yang dijemput khas daripada Drug Intervention Community (D.I.C) iaitu Encik Kamarulzaman bin Hj Alias dan Encik Mahadzir bin Awang. Program kali ini bertujuan membuka minda pelajar-pelajar MTNP berkaitan Perjalanan hidup seorang penagih dadah, Punca dan kesan dalam kehidupan diri dan keluarga apabila terlibat gejala dadah, Langkah yang boleh diambil apabila salah seorang ahli keluarga terlibat dadah, dan pelajar-pelajar juga berpeluang mendengar Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah benar bekas banduan/penagih dadah dalam menjalani kehidupan di dalam penjara dan bagaimana kesedaran timbul dalam diri yang membawa kepada rasa untuk menyumbang kpd masyarakat terutama dalam membimbing penagih dadah.


"DADAH MUSUH NO.1 NEGARA"


#beliabencidadah #antidadah #saynotodrugs
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
MGT 4486

 

Telah berlangsung Majlis Hari Pelaporan Peperiksaan Akhir Tahun 2017, Majlis disempurnakan oleh YH Dato' Dr. Haji Zulkifle B. Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP yang diadakan di Dewan Mahkota MTNP, turut bersama di majlis tersebut iaitu barisan Pengurusan MTNP, YDP MPIBG, YH Dato' Syed Borhanuddin, barisan Guru-guru serta ibu bapa pelajar MTNP.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 5183

 

Kunjungan hormat daripada wakil Leap Ed dalam program kerjasama dua hala antara MTNP dan Leap Ed, Lawatan kali ini disertai oleh wakil daripada Leap Ed iaitu Dr. Lloyd Precious, Puan Hemalatha dan Pn Norazrin Haroun yang memfokuskan kepada pembangunan insaniah pelajar-pelajar tahfiz MTNP.

Maklumat berkenaan Leap Ed, 
LeapEd merupakan sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan yang diberi mandat untuk mentransformasikan pendidikan di sekolah-sekolah secara meluas melalui program Sekolah Amanah Yayasan Amir sebagai pereka dan pelaksana program transformasi sekolah awam di bawah kerangka Sekolah Amanah Kementerian Pendidikan Malaysia.

LeapEd bertanggungjawab mereka bentuk program latihan dalaman yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap sekolah. Aplikasi tentang pembelajaran baharu dan refleksi terhadap impak menjadi elemen penting dalam program kami, dan menghasilkan penerapan perubahan dalam amalan serta perubahan sikap para peserta dalam program ini.

Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dengan jayanya.. Aminnn..

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4536

 

Telah berlangsung kunjungan daripada pihak DRB Hicom 

*kemakini..

 

MGT 5297

 

Pada 7 hingga 9 November 2017 bertempat di Hotel Grand Darul Makmur Kuantan Pahang, MTNP telah menghantar 11 peserta bagi menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Pahang Darul Makmur 1439H/2017M iaitu 3 orang peserta untuk kategori 1 hingga 10 Juzuk, 4 orang peserta untuk kategori 1 hingga 20 Juzuk dan 4 orang peserta untuk kategori 1 hingga 30 Juzuk.

Alhamdulillah, berikut adalah Keputusan Pertandingan hafazan Peringkat Negeri Pahang 2017 yang dimenangi oleh pelajar MTNP:

======================
Kategori 1 hingga 10 juzuk.
======================
Lelaki
No.2 : Muhd Amirudin

Perempuan
No.1: Nur Hidayatul Najwa
No.3: Nurain Farhana

======================
Kategori 1 hingga 20 juzuk
======================
Lelaki
No.3: Salman

Perempuan
No.1: Najihah Nutfi
No.2: Sabrina

======================
Kategori 1 hingga 30 Juzuk
======================
Lelaki
No.2: Dhiyaudin (Alumni MTNP)
No.3: Aiman

Perempuan
No.1: Nur Alya Farhani 
No.2: Nur Aina Afifah (Alumni MTNP)

Tahniah !!!
Untuk makluman, peserta yang mendapat tempat Pertama bagi setiap kategori akan mewakili negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4426

 

Alhamdulillah, dengan cuaca yang baik pagi ini, telah bermula sesi temuduga peringkat pertama bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 sesi 2018 ke MTNP. Temuduga kali ini dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama akan di temuduga pada hari ini dan kumpulan kedua pada hari esok. Semoga berjaya kepada semua calon temuduga.

 

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 5040

 

MAKLUMAN SEBUTHARGA/TENDER

Tawaran Sebutharga (MTNP / ADM-2/1.L18 )
Cadangan Kerja-Kerja Rekabentuk Dalaman Bagi Bangunan Akademik, Bangunan Asrama Lelaki & perempuan dan Kuarters Pegawai  download1

 

 

 

 

 

TOP