Pagi ini, maka bermulalah perjuangan calon-calon SPM 2017 seluruh Malaysia termasuk juga calon-calon SPM MTNP,
semoga mereka diberikan ketenangan dan kekuatan. Aminnn *kemaskini.. #mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran MGT 4281

Alhamdulillah.. hari ini kami dengan berbesar hati menerima kunjungan daripada Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Walqiraat, Syeksyen 3, Shah Alam, Ustaz Haji Mohammad Bokhari bin Shariff bersama Mantan Ketua Pengarah JAKIM, YH. Dato' Haji Wan Mohamad b. Dato' Sheikh Abdul Aziz yang disambut oleh YH. Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle b. Haji Ali Al-Hafiz.

Kunjungan ini tidak lain dan tidak bukan, bagi mengeratkan lagi silaturahim antara MTNP dan Maahad Tahfiz Al-Quran Walqiraat disamping bertukar-tukar pendapat dan pandangan bagi memajukan dan memantapkan lagi sistem tahfiz sedia ada,

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

DSC 0433

Majlis Solat Hajat Mendoakan Kecemerlangan Bagi Calon-calon SPM 2017 yang telah berlangsung di surau MTNP, Ia turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi MTNP, YDP MPIBG, YH Dato' Syed Borhanuddin serta para ibu bapa calon SPM MTNP. Semoga doa yang dipanjatkan dimakbulkan Allah s.w.t. Aminnn.. #spm2017 #mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran MGT 4220

 


Alhamdulillah. telah berlangsung program Ahlan Ya Ramadhan bersama PU Mizi, tetamu yang tidak asing lagi untuk warga MTNP, semoga program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar MTNP ini dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar bagi menyambut ketibaan Ramadhan tidak lama lagi.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

 

DSC 0368

 

 

17 Okt 2017. Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Darul Quran Jakim

bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 6, Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan, Pahang disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob

serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4073

 

Pagi ini kami menerima kunjungan daripada En. Abd. Razak Bin Abd. Rashid selaku Pengurus Projek Wakaf Penerbitan Dar Hakamah bagi pihak Yayasan Muslimin, Batu Cave, Selangor bagi membuat penyerahan kitab Al-Quran Qiraat Asyara kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang untuk kegunaan pelajar-pelajar tahfiz.

Penyerahan sebanyak 100 naskah mushaf tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Dato' Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz dan wakil pelajar MTNP.

Semoga segala usaha murni ini kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT melimpahkan berkat dan rezekiNYA yang berpanjangan kepada kita semua, Insya Allah.

13 September 2017, Pulau Serai, Pekan, Pahang, Telah berlangsung Mesyuarat Pelarasan Penubuhan Tadika Tahfiz Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YH Dato' Sri Wan Abdul Wahid Bin Wan Hassan.

Tadika Tahfiz ini merupakan projek kerjasama antara Yayasan Istana Abdul Aziz dan Yayasan Pahang di bawah operasi Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Turut hadir 10 agensi kerajaan terdiri daripada Ketua Balai Polis Daerah Pekan, Ketua Balai Bomba Daerah Pekan, Pegawai dari Majlis Daerah Pekan, Pegawai Kesihatan Daerah Pekan, Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), Pegawai Pendidikan Negeri Pahang dan lain-lain.

#tadikatahfiznegeripahang #mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran MGT 3203

Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Majlis Perjumpaan Khas bersama YH. Dato' Mahmud b. Mohd Nawawi, Pengurus Besar Yayasan Pahang bertempat di Dewan Auditorium MTNP yang dihadiri pihak Pengurusan, Pentadbiran serta seluruh warga kerja MTNP,

Selain mendengar amanat daripada YH. Dato' Pengurus Besar, majlis juga diserikan dengan penyampaian anugerah kepada pekerja-pekerja cemerlang mengikut kategori masing-masing,

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

 

DSC 0295

 

 

Telah berlangsung program berjadual bersama Dato Dr Danial Zainal Abidin dengan tajuk "Menjadi Termostat bukan Termometer".

Objektif program ini bertujuan menyedarkan pelajar tahfiz akan peranan mereka yang bukan sahaja mengambil tahu dan menceritakan isu dan masalah yang dihadapi masyarakat, tetapi juga berupaya menjadi agen kepada perubahan.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 3145

 

Alhamdulillah buat kesekian kalinya, Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan & Khatam Hafazan Al-Quran MTNP 2017 telah sempurna dengan keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang. Majlis telah berlangsung penuh istiadat, meriah dan ceria diadakan di Dewan Mahkota MTNP.

Turut hadir mengiring KDYMM Pemangku Raja Pahang adalah YAB Menteri Besar Pahang dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Seramai 71 orang pelajar telah menerima anugerah kecemerlangan masing-masing terdiri daripada khatam hafazan, cemerlang akademik dan juga kokurikulum.

Telah berlangsung perkongsian bersama Tuan Haji Abdullah Harun, Pegawai Kanan Bank Antarabangsa IMF kepada pelajar-pelajar MTNP, turut hadir adalah

Pengurus Besar Yayasan Pahang, YH Dato' Haji Mahmud bin Mohd Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, YH Dato' Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz.

Beliau merupakan pakar kewangan islam dan orang yang bertanggungjawab mewujudkan Islamic Finance di bank-bank negara islam di seluruh dunia.

Perkongsian beliau bermula dari zaman persekolahan seterusnya pengalaman kerjayanya sehingga menjadi insan hebat kini. Semoga perkongsian ini dimanfaatkan

sepenuhnya oleh pelajar-pelajar MTNP bagi pembakar semangat dan membuka minda pelajar apabila berhadapan dengan dunia luar setelah tamat pengajian di MTNP kelak.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

DSC 1218

 

Bermula 28 hingga 31 Mac 2017, telah berlangsung Program Simulasi Pengambilan Pelajar Baru Diploma Tahfiz bagi sesi pengajian 2017 - 2020 . 


#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

DSC 8963

 

Alhamdulillah.. telah berlangsung program berjadual bersama Mentor Kurikulum Dirayah MTNP, Dr. Danial Zainal Abidin , penulis buku Al-Quran Saintifik yang diguna pakai sebagai modul oleh pelajar-pelajar di MTNP ini.

kata beliau.. " jadilah pelajar yang bukan hanya menghafal, malah jadilah pelajar yang menghafal dan memahami isi Al-Quran yang dibaca ".

Semoga Al-Quran yg mereka hafal, memberikan impak keimanan yg tinggi kesan dari mengaitkan Al-Quran dan Sains secara logik.

17 Mac 2017, Jumaat. Telah berlangsung Mesyuarat Agung Kali 1/2017 Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato' Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan bertempat di Dewan Mahkota MTNP ...

*kemaskini..

*Ralat: Agong=Agung
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

DSC 8831

 

Alhamdulillah.. pagi ini MTNP telah dikunjungi oleh Ustaz Mohd Fuad B. Mohammad Farid Khan; Eksekutif Wakaf & Dakwah IK Sunnah LifeStyle, Kuala Lumpur bagi menyerahkan sumbangan Kitab Tafsir Ibnu Katsir bagi kegunaan pelajar-pelajar Tahfiz di sini, Semoga segala usaha murni ini kita sama-sama mendoakan semoga Allah SWT melimpahkan berkat dan rezekiNYA yang berpanjangan kepada kita semua, Insya Allah.

www.facebook.com/Iksunnahlifestyle
#iksunnahlifestyle #programIK #wakafIK #infaqIK #tinggalkanjejak#IKbertemuanda #rangkajelajah #tafsiribnukathir #alquran
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran DSC 0440

MAKLUMAN SEBUTHARGA/TENDER

Tawaran Sebutharga (MTNP / ADM-2/1.L18 )
Cadangan Kerja-Kerja Rekabentuk Dalaman Bagi Bangunan Akademik, Bangunan Asrama Lelaki & perempuan dan Kuarters Pegawai  download1

 

 

 

 

 

TOP