Alhamdulillah...

Pencapaian SPM MTNP 2016 sangat memberansangkan. Peratus Straight A meningkat dari 28% kepada 36.7% berbanding tahun lalu sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai sekolah terbaik negeri Pahang 4 tahun berturut-turut dan 10 terbaik kebangsaan dengan GPS 1.58

Doakan semoga anak2 tahfiz ini terus cemerlang di menara gading dan menjadi insan hebat demi melaksanakan tanggungjawab mereka sbg Khalifah di muka bumi Allah.

Khamis, 19 November 2017. Kerjasama antara MTNP dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran dalam memantapkan lagi guru-guru di MTNP bagi mencapai kecemerlangan yang diharapakan. Sehubungan dengan itu, seramai 5 orang pegawai PPD Maran telah menjalankan penaziran terhadap guru-guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas. Ianya melibatkan keseluruhan guru yang mengajar subjek teras dan setiap guru ini dipantau dan dinilai cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Program ini berlangsung hampir separuh hari dengan setiap guru yang dinilai di beri teguran dan penambahbaikan dalam memberikan dan menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan lebih mantap selaras ke arah pembelajaran abad 21 (PA21). Program ini juga turut melibatkan pihak pengurusan yang sentiasa peka dalam pembangunan sumber manusia di dalam MTNP selaras ke arah kecemerlangan dan menjadi institusi yang terbaik di Malaysia.

 

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

DSC 6807

 

 

Jabatan Tahfiz Diploma telah menjalankan Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu Diploma bagi sesi pengajian 2017-2020.

Seramai 118 orang calon daripada 122 permohonan telah layak untuk mengikuti temuduga pada tahun ini. Temuduga yang dijalankan melibatkan dua sesi ujian iaitu ujian bertulis ( Tajwid dan Bahasa Arab ) dan Ujian Lisan ( Bacaan Al-Quran, Bahasa Arab dan Hafazan).

Seramai 39 orang calon lelaki dan 52 orang calon perempuan telah hadir mengikuti temuduga pada hari tersebut.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

DSC 8464

 

Selasa. 17 November 2017. Alhamdulillah, telah berlangsung pendaftaran warga baru MTNP seramai 55 orang pelajar yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 24 orang perempuan,Program telah berlangsung di dewan auditorium MTNP yang turut dihadiri oleh ibu bapa yang melibatkan penerangan berkaitan asrama dan peraturan-peraturan MTNP.

 

Program bermula dengan pendaftaran dan taklimat ringkas dari Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang dan seterusnya ucapan dari YH Dato' CEO MTNP, disertakan juga adalah gimik akad penyerahan dari wakil ibu bapa dan diikuti dengan ikrar dari pelajar-pelajar baru kepada pihak Pengurusan Tertinggi MTNP .

 

Apa yang lebih membanggakan bagi kedua ibu bapa melainkan melihat kejayaan anak-anak mereka, jadi sama-sama kita doakan semoga anak-anak ini berjaya menjadi pemelihara Al-Quran suatu hari nanti seterusnya memartabatkan Al-quran dimata dunia.

 

 

 

7 Mac 2017. Selasa. Alhamdulillah, hari ini kami menerima Kunjungan Hormat daripada ahli jawatankuasa Persatuan Pengajian Al-Quran Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang (PENGAMAN) dan Tenaga Pembimbing Klinik Al-Quran PENGAMAN @ UTC Pahang dalam rangka lawatan sambil belajar ke MTNP bagi mengetahui kaedah-kaedah dan teknik penghafazan Al-Quran serta bertukar-tukar pendapat bagi memajukan kualiti hafazan. Lawatan ini di ketuai oleh YH Dato' Ir. Haji Ismail bin Haji Mat Noor selaku Yang Dipertua PENGAMAN bersama 18 orang ahli yang terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa PENGAMAN dan Tenaga Pembimbing. Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara MTNP dan PENGAMAN seterusnya memartabatkan lagi Al-quran dimata dunia. .
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran
. DSC 8405

 

Bermula 13 hingga 16 Disember 2016, telah berlangsung Program Simulasi Pengambilan Pelajar Baru Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2017 - 2021 .

 

 

DSC 6278

 

27 Februari 2017. Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Baharu Tingkatan 1 2017 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Auditorium MTNP.

Seramai 56 pelajar Tingkatan 1 2017 telah berjaya mengharungi pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Program Minggu Orientasi pelajar TIngkatan 1 2017 ini merupakan kali pertama julung kalinya diadakan yang mengambil masa selama 6 minggu bermula 17 Januari sehingga 27 Februari 2017.

Seramai 9 orang Fasilitator terpilih telah bersama-sama membantu dalam menjayakan program untuk mencapai objektif yang dirancang. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Airulamri bin Amran, Pengurus Kanan Bahagian Operasi Yayasan Pahang.

Antara objektif program adalah untuk membantu pelajar-pelajar ini menyesuaikan diri menjalani kehidupan sebagai pelajar Maahad dan membantu menyesuaikan diri dalam mengurus diri bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

DSC 8246

 

DSC 4641

 

Pada 1 dan 2 Disember 2016. Telah berlangsung sesi temuduga bagi pengambilan pelajar baru tingkatan 1 untuk sesi persekolahan 2017 - 2021.
kepada calon yang berjaya pada sesi temuduga ini, mereka akan dipanggil untuk program simulasi yang akan diadakan pada 13 hingga 16 Disember nanti.

 

5

 

15-16 November 2016, MTNP telah menghantar tiga kumpulan ke Pertandingan Rekacipta dan Inovasi dalam singkatan PERINTIS dengan membawa tiga projek iaitu 'Mars to Earth', 'One Tap Secure' dan 'Duo Honey Jelly'. Pertandingan tersebut telah diadakan di Universiti Tenaga Nasional, Putrajaya. Seramai 11 orang pelajar terlibat termasuk 2 guru pengiring.

 

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional yang bertempat di Dewan Seri Sarjana, Kampus Putrajaya dan dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie iaitu Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori sekolah dan kategori universiti dimana tiga Anugerah Utama (Emas, Perak dan Gangsa) dan lapan Anugerah Khas (‘TNB Special Award’, ‘UNITEN Special Award’, ‘PERINTIS Most Promising Invention Award’, ‘PERINTIS Best Young Inventor Award’, ‘PERINTIS Best Commercial Potential Award’, ‘ZHL Group Environmental Award’, ‘PERINTIS Best of the Best Award’ dan ‘Minds Special Award’) telah ditawarkan. Sebanyak 170 kumpulan telah melibatkan diri dalam pertandingan ini dengan 30 buah sekolah rendah, menengah dan kolej bertanding dalam kategori sekolah.

 

Alhamdulillah dengan doa dan berkat dari Allah S.W.T, MTNP telah merangkul dua Emas dan satu Perak serta kumpulan yang membawa projek ‘One Tap Secure’ telah dinobatkan anugerah ‘PERINTIS Best of the Best’ manakala kumpulan ‘Duo Honey Jelly’ pula telah dinobatkan anugerah ‘PERINTIS Most Promising Invention’. 

 

Jadual Berikut adalah ringkasa anugerah yang dimenangi oleh setiap kumpulan yang telah dihantar oleh MTNP.

 

KUMPULAN ANUGERAH UTAMA ANUGERAH KHAS
 ‘One Tap Secure’
  1. Muhammad Farhan Bin Mohd Razali                                                                 4ik
  2. Luqman Fikri Bin Khairul Salleh                                                                 4ik
  3. Nurul ‘Aliah Binti Mohd Fauzan                                                              4IK
Emas ‘PERINTIS Best of the Best’
Duo Honey Jelly’
  1. Muhammad Aliff Furqan Bin Abdul Ghani                                                                                 4is
  2. Muhammad Afiq Ikmal Bin Mohd Yusof                                                                  4is
  3. Sofia Balqis Binti Mohd Faisal                                                                  4is
Emas ‘PERINTIS Most Promising Invention’
 ‘Mars To Earth’
  1. Ahmad Hadi Syafiq B. Mohamad                                                           4is
  2. Muhammad Harith Ihsanuddin B. Nordin                                                                4is
  3. Muhammad Luqman B. Abdul Rahman                                                              4is
  4. Muhammad Fathi B. Mohamad Razip                                                                4IK
Perak -

 

 

Jumaat. 17 Februari 2017, Telah berlangsung Majlis Anugerah Sistem Rumah dan Makan Beradab Maahad Tahfiz Negeri Pahang bertempat di Dewan Mahkota MTNP yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Yayasan Pahang; YH Dato' Hj. Mahmud B. Mohd Nawawi

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

DSC 7569

 

Selasa. 4 Oktober 2016. Pagi ini MTNP telah menerima rombongan daripada Pegawai Yayasan Islam Kelantan dan Pengetua-Pengetua Tahfiz Kelantan

 

DSC 1013

 

DSC 1014

 

DSC 1017   DSC 1018

 

DSC 1019   DSC 1020

 

DSC 1021

 

DSC 1023

 

DSC 1029   DSC 1035

 

DSC 1038   DSC 1041

 

DSC 1042

 

DSC 1045   DSC 1047

 

DSC 1052

 

DSC 1059   DSC 1060

 

DSC 1074

Mesyuarat Kali pertama MPIBG atau nama penuhnya Majlis Permuafakatan Ibu Bapa MTNP telah berlangsung bertempat

di Bilik Mesyuarat MTNP. Ia turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi MTNP dan dipengerusikan oleh YH Dato CEO.

Mesyuarat bertujuan berbincang tentang fungsi dan peranan yang boleh dimainkan oleh para ibu bapa kearah kecemerlangan

MTNP disamping membentuk jawatankuasa penaja kepada MPIBG MTNP.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

DSC 7212

 

3 Oktober 2016. Isnin. Telah berlangsung Program Bersama Ibu Bapa calon SPM 2016. Program yang bermula dengan Solat Hajat Perdana, kemudian disusuli Pelaporan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2016 dan diakhiri dengan slot 'Parenting'

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

 

DSC 0871

 

DSC 0866   DSC 0873

 

DSC 0891

 

DSC 0892   DSC 0895

 

DSC 0896

 

DSC 0897   DSC 0901

 

DSC 0906   DSC 0908

 

DSC 0914

 

DSC 0917   DSC 0918

 

DSC 0921   DSC 0922

 

DSC 0925   DSC 0926

 

DSC 0927   DSC 0928

 

DSC 0929   DSC 0931

 

DSC 0932   DSC 0934

 

DSC 0935   DSC 0936

 

DSC 0938   DSC 0941

 

                                                      DSC 0942

 

DSC 0950

 

DSC 0957   DSC 0961

 

DSC 0964   DSC 0967

 

DSC 0970   DSC 0974

 

DSC 0979   DSC 0988

 

DSC 0985   DSC 0984

 

DSC 0989   DSC 0990

 

DSC 0994

 

DSC 0997   DSC 1000

 

 

Jumaat, 17 Januari 2017. Telah berlangsung perjumpaan bersama Pengurus Besar Yayasan Pahang; YH Dato' Hj. Mahmud B. Mohd Nawawi dengan semua kakitangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang

 

DSC 7159

 

MAKLUMAN SEBUTHARGA/TENDER

Tawaran Sebutharga (MTNP / ADM-2/1.L18 )
Cadangan Kerja-Kerja Rekabentuk Dalaman Bagi Bangunan Akademik, Bangunan Asrama Lelaki & perempuan dan Kuarters Pegawai  download1

 

 

 

 

 

TOP