Hadis
Jangan Kedekut Memberi Ilmu

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Waktu Solat
Kawasan Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah
Imsak
:

e-Solat JAKIM
pg
Subuh
:
pg
Syuruk
:
pg
Zohor
:
ptg
Asar
:
ptg
Maghrib
:
mlm
Isyak
:
mlm

Sistem Pengurusan Kampus(Staff)
Pertanyaan eWaris


Permohonan Kemasukan Diploma Tahfiz 2014

Permohonan DIPLOMA

Semakan Permohonan Diploma Tahfiz 2014

Semakan DIPLOMA


Yayasan Pahang      Kerajaan Negeri Pahang      Facebook Komuniti


 Laman Utama » Lawatan Kerja Kakitangan Darul Quran dan Pensyarah dari Maahad Tahfiz Seluruh Malaysia

Tepat jam 4.00 petang, seramai 100 orang terdiri daripada kakitangan Darul Quran dan pensyarah Maahad Tahfiz Seluruh Malaysia telah meluangkan masa untuk membuat kunjungan rasmi ke MTNP. Rombongan ini disambut oleh Pengarah MTNP, Dato' Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz dan seluruh warga MTNP. Lawatan ini juga merupakan salah satu aktiviti sempena Konvensyen Pensyarah Maahad Tahfiz Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dhe Rhu Hotel, Balok.

Rombongan ini yang terdiri daripada Pengarah Darul Quran, Tuan Hj Che Ibrahim bin Che Man dan kakitangan serta pensyarah-pensyarah Maahad Tahfiz seluruh Malysia telah diberikan taklimat oleh Ketua Penolong Pengarah Akademik, Tuan Haji Abdullah Ismail. Taklimat ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang MTNP dan pencapaian semasa para pelajar MTNP.

Lawatan ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar Yayasan Pahang sendiri, YH. Dato' Hajjah Sa'ariah binti Saad yang meluangkan masa untuk bersama para rombongan dan beramah mesra.

Semoga dengan lawatan ini dapatlah mengeratkan lagi ukhwah antara Maahad Tahfiz seluruh Malaysia dan juga Darul Quran sendiri